Friday, April 23

:: Gelak Seh::

NAMAKU
.............
Seorang murid yang baru berpindah sekolah ditanya oleh guru kelasnya..
Guru : "Kamu ni murid baru kan ?"
Murid : " Ya.. cikgu"
Guru : "Nama kamu siapa?"
Murid : "Man"
Guru : "Nama panjang kamu?"
Murid : " Mannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.. cikgu"
______________________________

DIET
...............
Doktor menyuruh seorang lelaki yang sangat gemuk untuk melakukan diet.
Doktor berkata kepadanya...
"Anda mesti memakan sedikit roti panggang... sebiji buah-buahan dan segelas air kosong..."
Lelaki menjawab... "Baik lah doktor... jadi... Itu semua harus saya makan
sebelum atau sesudah makan, Doktor?"
______________________________

PERKAHWINAN KERABAT
......................
Khairul adalah murid darjah satu disebuah sekolah rendah....
Dia mempunyai seorang kawan perempuan disekolahnya yang bernama
Tengku Nazira..
Tengku Nazira seorang yang sangat cantik dan menawan...walaupun
masih kecil...
Secara tidak disengajakan Khairul telah jatuh cinta pada Tengku Nazirah
Lalu dia meluahkan perasaannya kepada Tengku Nazirah..
"Naz... sebenarnya saya cinta padamu... tapi sayang kita masih terlalu
kecil... bolehkan bila kita sudah dewasa nanti.. kita berkahwin...?"
Dengan wajah yang malu... Tengku Nazira menjawab.."Khairul.. bukannya saya tak sudi... Tapi dalam keluarga kami.. kami hanya berkahwin sesama
kerabat sahaja..... Atuk berkahwin dengan nenek...Bapak sedara
berkahwin dengan emak sedara.. dan bahkan papa berkahwin dengan mama.... sedangkan awak bukan kerabat saya Khairul...."
______________________________


TEKA AYAM
.............
Firdaus : "Apa yang engkau bawa tu?"
Ahmad : "Ayam... Cuba teka.. berapa jumlahnya? Kalu tekaanmu tepat..
kesemua dua ekor ayam yang aku bawa ini akan aku kasi pada mu!"
Firdaus : "Emmmm.. tiga kot..?"

_______________


PANADOL
..............
Bidin melihat rakannya, Wafdi.. sedang membuat kopi...kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Bidin bertanya kepada Wafdi...
Bidin : " Kenapa masukkan panadol dalam kopi tu?".
Wafdi : " Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia..".
______________________________


KALAU KU PUNYA EMAIL
......................
Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di Microsoft.
Pegawai disitu telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu
menunjukkan caranya membersih lantai..

Lalu dia mengatakan "Anda diterima bekerja... berikan email anda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan."
Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email.
Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email ..wanita itu tidak
boleh diambil sebagai pekerja..
Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya
memiliki USD 10. lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10kg sayur...
Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam
masa 2 jam saja...
Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut
dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.. Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di US...
Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan
keluarganya... Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya....
Setelah bersetuju... Penjual insuran berkata..
"Minta email Puan..."
"Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email" jawab wanita itu
Penjual Insuran terkejut dan berkata "Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email. Baya ngkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email."
Wanita itu menjawab: "Jadi tukang Sapu di Microsoft"
______________________________


BUSH DAN POWELL
.................
Bush dan Powell sedang duduk-duduk di dalam sebuah bar.
Seorang lelaki masuk dan bertanya kepada bartender "Bukankah itu Bush dan Powell?".
Bartender menjawab "Iya, itu memang mereka."
Lalu lelaki itu mendekati mereka dan menyapa "Hello, apa yang sedang anda berdua bincangkan?"
Bush menjawab "Kami sedang merancang perang dunia ke-3."
Jawab lelaki "Perang dunia ke-3? apa yang akan terjadi?"
Bush menjawab "Kami akan membunuh 500 juta orang Islam dan seorang
penjual Basikal"
Lelaki itu bertanya dengan nada terkejut "Penjual Basikal?"
Bush menoleh ke arah Powell dan berkata "Lihat, tidak ada yang merisaukan 500 juta orang Islamkan?"
______________________________


BALIK AWAL
..............
Suatu hari seorang ibu hairan apabila anaknya pulang awal dari sekolah
tidak seperti biasa
Ibu : "Adli kenapa kamu pulang awal hari ini sedangkan jam baru pukul
10.00 pagi.."
Adli : "oo.. tadi Adli boleh jawab soalan cikgu adli dengan tepat.. lalu
disuruh pulang..."
Ibu : "Oooo... bagus.. pandai anak ibu... apa soalan dari cikgu kamu
itu?"
Adli : "Cikgu tanya... SIAPA YANG MEMBALING KASUT KE MUKA CIKGU ?"
______________________________


BAYI NENEK
...............
Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak.
Rakan2nya datang berkunjung untuk menjenguknya.
Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut.. nenek itu berkata
"Nanti dulu".
Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi.
Tetapi nenek itu tetap berkata "Nanti dulu".
Akhirnya mereka bertanya : "Bila kami boleh melihat bayi engkau..?"
"Bila dia menangis".
"Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?"
"Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..".
______________________________


PENGEMIS
..........
Seorang lelaki.. badan gemuk.. muka ceria.. berpakaian koperat.. berjalan keluar dari sebuah pejabat besar...
Di luar pejabatnya.. ada seorang pengemis.. agaknya sebaya dengan
lelaki tadi..badan kurus kering.. muka comot.. pakaian compang
camping dan penuh debu...
Si pengemis terlihat si lelaki kaya tadi dan berkata.. "Tuan kasihani lah saya.. sedekahkan wang 10 ringgit.."

Si lelaki berhenti.. dilihatnya pengemis dan bertanya
Lelaki : "kalau saya bagi RM 10.. adakah kamu akanminum arak?"
Pengemis : "Oh tidak tuan.. saya tidak suka minuman keras"
Lelaki : "Habis tu.. adakah kamu mahu buat berjudi?"
Pengemis : "Tentu tidak tuan, saya tidak suka berjudi"
Lelaki : "Mungkin kamu akan bertukar2 perempuan?"
Pengemis : "Tidak, tidak. Seumur hidup saya.. tidak pernah saya main
perempuan"
Lelaki kaya itu berfikir sementar lalu berkata lagi
Lelaki : "Begini ajalah.. kamu ikut saya balik.. saya kenalkan dengan
isteri saya.. setelah itu saya akan kasi RM 10 pada kamu.."
Pengemis : "Buat apa tuan?"

Lelaki : "Saya mau isteri saya lihat bagaimana kalau seorang lelaki
tidak suka minum arak.. tidak suka berjudi.. dan tidak suka main perempuan..hasilnya adalah seperti kamu ini"
______________________________


KECEMASAN
............
Seorang pekerja lelaki bekerja di tingkat 13 menara KLCC.
Tiba-tiba seorang menjerit.. "Omar.. Omar.. isteri engkau telefon ada kecemasan..!"
Kerana panik, lelaki ini terus meloncat keluar melalui tingkap... dari
tingkat 13 itu. Ketika dia menghampiri tingkat 9, baru dia teringat
bahawa dia tidak ada isteri.. setelah dia menghampiri tingkat 5, baru dia tersedar yang dia belum berkahwin.. Dan ketika dia hampir menyentuh tanah.... barulah dia sedar yang namanya bukanlah Omar..
______________________________


IKLAN KERJA
...............

Di sebuah surat kabar terdapat iklan kerja kosong yang tertulis
seperti berikut :
Peluang Pekerjaan..
- Anda lulusan Universiti / Kolej?
- Anda punya Kemahiran?
- Pernah mengikuti kursus komputer?
- Mahir berbahasa Ingeris?
- Tapi Masih menggangur?
CARI LA KERJA! KESIAN...